09 November 2011

Mulakan Perniagaan Coklat Handmade Hanya Dari Rumah

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang suka makan coklat? Saya pasti anda juga sedar bahawa coklat merupakan makanan yang mendapat permintaan tinggi dipasaran. Ini adalah salah satu sebab mengapa bisnes coklat berkembang dengan begitu pesat dalam masa yang singkat sahaja.

Jika selama ini anda ada kemahiran dalam pembuatan coklat handmade, anda boleh gunakan kemahiran untuk jana pendapatan secara sampingan. Sebenarnya, coklat adalah satu bisnes yang mudah untuk mendapatkan pasaran di mana anda hanya perlu sasarkan kepada mereka yang gemar pada coklat.

Saya yakin, jika anda tanya 10 orang disekeliling anda 8/10 jawapan mereka lebih kepada “suka kepada coklat”. Anda hanya perlu memantapkan strategi pemasaran anda dengan cara yang betul dan lebih tepat untuk masa yang berpanjangan. Saya akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh ikut jika ia bersesuaian dengan anda.


Coklat Handmade - Anda perlu memastikan hasil coklat handmade anda adalah yang berkualiti. Anda boleh menceritakan kepada orang perkara yang baik tentang coklat handmade anda. Sebelum itu, anda mesti tahu dan membuat sedikit kaji selidik tentang kebaikan yang akan diceritakan. Anda hanya fokus kepada jenis coklat yang anda mahu jual sahaja.

Tempat Tinggal – Di manakah anda tinggal? Siapakah yang tinggal di kawasan perumahan anda? Adakah coklat anda akan mendapat sambutan? Jika soalan-soalan ini muncul difikiran anda,  anda perlu merancang dengan bijak dengan mencipta idea-idea penjualan yang baru bagi menarik minat mereka seperti memberi hadiah percuma kepada mereka yang membeli dan juga anda boleh berikan kupon diskaun. Dengan cara ini akan meningkatkan hasil jualan anda.

Harga – Anda mestilah menetapkan harga pada kadar yang mampu beli bagi bakal pembeli anda. Anda perlu mengkaji harga bakal pesaing anda di mana anda perlu membeli produk pesaing anda untuk mengetahui tentang harga yang mereka jualkan. Orang akan mencari coklat yang berkualiti dan sedap pada harga yang mereka mampu beli. Jadi, anda boleh ambil peluang ini untuk meletakkan harga sedikit lebih murah berbanding bakal pesaing anda.

Promosi – Jika hasil kualiti coklat anda tinggi, bisnes anda tidak akan mendapat sambutan jika anda tidak melakukan promosi. Sebagai permulaan, anda boleh mulakan promosi tentang bisnes anda dari mulut ke mulut. Tetapi sebelum itu, anda mestilah mendapatkan hasil coklat yang sangat baik. Anda boleh memberi coklat anda kepada jiran-jiran secara percuma untuk mendapatkan feedback atau komen daripada mereka. Jika anda yakin dengan jualan anda, pasti mereka juga akan suka. Secara tidak langsung, mereka akan menjadi sumber pengiklanan percuma yang baik.

Jika selama ini anda menghabiskan masa untuk membuat coklat handmade sebagai hobi, anda boleh mengubah hobi anda kepada satu kerjaya yang dapat jana pendapatan walaupun kerja anda hanya dari rumah.






No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda...