09 November 2011

Apakah Kesan Emosi Terhadap Coklat?

Masalah memang tak dapat dielakkan dalam hidup anda dan begitu juga dengan saya. Hampir setiap hari saya mengalami pelbagai masalah sama ada masalah kecil ataupun besar. Mungkin anda juga macam saya. Jika anda sudah berkeluarga, lagi banyak cabaran dan masalah yang anda akan lalui. Kawalan emosi adalah sangat penting dalam apa jua situasi. Saya nak kongsikan kepada anda yang bertuah berkenaan bagaimana anda boleh mengawal emosi anda. Tapi yang uniknya ialah ianya berkaitan dengan coklat handmade!

Memang tiada bukti saintifik yang menguatkan kenyataan bahawa coklat memainkan peranan dalam mengawal emosi seseorang. Malah ada diantara mereka yang mengatakan coklat menyebabkan sakit kepala, dan juga migraine. Tapi setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengikut pengalaman sendiri mahupun bahan bualan orang lain. Kebanyakkan daripada mereka pula berpendapat, coklat mampu mempengaruhi dari segi aspek fizikal,mental dan emosi.

Apa yang nak ditekankan disini adalah berkenaan emosi. Mungkin tiada kajian rasmi tentang kesan-kesan pengambilan coklat terhadap emosi seseorang. Berdasarkan pengalaman orang ramai ianya mempunyai beberapa kesan positif dalam kehidupan seharian.


Bahagia secara tiba-tiba. Coklat dianggap mampu meningkatkan semangat apabila anda berada dalam masalah ataupun sedih. Ini dijadikan sebab mengapa coklat dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengembalikan emosi yang positif walaupun ianya mungkin untuk sementara. Ada juga yang terlalu tertekan sehinggakan mereka makan coklat dengan kadar yang berlebihan untuk mengemabalikan emosi positif mereka. Secara tidak langsung, ia boleh memberi kesan negative terhadap kesihatan badan. Perlu diingatkan coklat mengandungi gula dan lemak yang mesti diambil secara sederhana.

Baik untuk Jantung. Coklat juga sangat membantu dalam mencegah daripada mengalami penyakit jantung. Coklat mampu menaikkan tahap tindak balas salur darah manusia. Dengan rasa yang manis boleh meningkatkan toleransi pada glukosa. Selain itu, coklat mempunyai bahan anti-oksida yang boleh menghalang seseorang daripada penyakit kanser. Ini berdasarkan pengalaman dan pendapat daripada mereka sahaja.

Golongan wanita lebih cenderung mengidamkan coklat berbanding golongan lelaki. Ini disebabkan bahawa coklat mempunyai kandungan magnesium. Ini dapat dijelaskan mengapa wanita akan mengambil pemakanan coklat semasa selepas haid. Dalam masa ini, wanita akan mengalami kekurangan magnesium.

Pemakanan coklat adalah satu amalan yang dapat memberikan seseorang kebahgian mahupun untuk diri sendiri. Anda boleh amalkan pemakanan coklat untuk mengembalikan emosi positif dalam diri. Cukuplah mengambil coklat dengan kadar yang sederhana. Perkara-perkara buruk mungkin berlaku jika anda tidak dapat mengawal emosi yang lebih kepada perbuatan negative.






No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda...