17 November 2011

Cara Membuat Coklat Handmade Compound



Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya pada kali ini. Dalam artikel ini saya akan kupaskan teknik mudah bagaimana anda boleh membuat coklat handmade daripada compound. Anda hanya perlu ikut 4 langkah yang semestinya anda pun sudah tahu. Tapi bagi yang belum tahu, ini mungkin sesuatu yang baru bagi anda.

Sebenarnya bukan sesuatu yang susah untuk membuat coklat handmade ini. Sebelum memulakan kerja anda, pastikan segala peralatan untuk membuat coklat handmade anda bersih. Peralatan anda juga mestilah terhindar daripada benda asing seperti tepung, rempah ratus dan seumpanya.



Jom kita pergi ke langkah yang pertama. Anda perlu membeli coklat bar jenis compound yang dijual di kedai-kedai kek berhampiran. Jangan lupa untuk membeli buah-buahan dan kacang sebagai perasa tambahan untuk coklat anda. Untuk bahan hiasan pula gunakan taburan coklat chip.

Langkah kedua, kita akan pergi kepada proses cairan coklat. Semasa proses ini, anda perlu mengikut suhu yang betul untuk mengekalkan rasa dan lemak coklat. Selepas coklat cair, gunakan kreativiti anda untuk membentuk coklat anda. Molds boleh membantu anda untuk membentuk coklat. Anda juga boleh menambah kacang atau bahan penambah perasa semasa coklat dibentuk.

Kini anda hampir berjaya menghasilkan coklat handmade sendiri. Tapi coklat anda masih belum siap lagi. Langkah ini mudah sahaja. Anda perlu keraskan coklat dalam peti sejuk. Pastikan keadaan peti sejuk bebas daripada kesan bau daripada bahan lain yang ada dalam peti sejuk anda supaya ia tidak menjejaskan rasa coklat anda.

Apabila coklat anda sudah keras, anda cuma perlu keluarkan coklat daripada molds. Coklat handmade anda sudah tersedia dihidangkan untuk dimakan bersama keluarga. Coklat juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk orang yang tersayang. Bagi yang pandai mengambil peluang, coklat juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan anda.

Segala langkah yang diterangkan diatas adalah sama yang dilakukan oleh pembuat coklat diseluruh Malaysia mahupun seluruh dunia. Cuma yang membezakan adalah kreativi dan teknik rahsia masing-masing untuk menghasilkan coklat yang lebih berkualiti.


Bukan mudah untuk mendapatkan teknik rahsia daripada pakar pembuatan coklat. Jika mereka bongkarkan pun, itu bukan secara keseluruhannya. Jika anda benar-benar mahu menghasilkan coklat handmade yang terbaik , anda boleh baca review lengkap mengenai Pakej Pakar Coklat disini.




1 comment:

  1. Setelah beau di peti sejuk, bolih tak ting gal di luar, tak pay ah masuk ke peti sejuk lagi?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda...