08 November 2011

Membuat Coklat Handmade Bebas Kandungan Gula



Jika anda seorang yang gemar pada coklat tetapi dalam masa yang sama anda juga menjaga badan (diet), saya pasti  kesihatan pemakanan  anda akan lebih diutamakan. Bagaimana pula jika anda menyediakan hidangan coklat sebagai pencuci mulut untuk sesuatu majlis dan mempunyai rakan-rakan dan keluarga yang hadir, tanpa disedari anda tidak menyediakan untuk para tetamu yang mengamalkan pengambilan makanan yang bebas kandungan gula. Ini mungkin menjadi masalah kepada anda.


Tetapi sebenarnya ramai lagi di luar sana mencari jalan penyelesaian bagaimana mereka boleh membuat coklat tanpa kandungan gula dengan mengekalkan rasa keenakan coklat. Saya akan kongsikan 2 cara untuk membuat coklat bebas kandungan gula.



Campurkan buah-buahan sebagai perisa tambahan untuk menggantikan rasa manis. Kenapa buah-buahan? Saya pasti anda juga tahu banyak khasiat serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Strawberry merupakan salah satu jenis buah yang biasa digunakan dalam pembuatan coklat handmade. Tetapi kos pembuatan coklat anda akan juga bertambah kerana harga strawberry agak mahal dipasaran.

Kopi dan kacang juga adalah bahan yang sesuai untuk digantikan dengan pemanis yang lain. Kopi mempunyai rasa dan bau yang memukau. Tapi ada juga sesetengah orang tidak suka pada kopi kerana kandungan kafein yang boleh menjejaskan kesihatan. Ada juga yang tidak suka pada bau kopi. Memang tidak dapat dinafikan, setiap orang ada minat dan daya tarikan terhadap sesuatu yang tersendiri.


Sebenarnya terdapat banyak lagi cara untuk mendapatkan kandungan bebas kandungan gula pada coklat anda. Cara di atas sangat sesuai bagi anda yang bimbang berat badan meningkat kerana bahan kandungan seperti buah-buahan dan kopi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Tapi perlu diingatkan, jangan ambil kopi dengan kadar yang berlebihan. 






No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda...