19 November 2011

Peralatan Membuat Coklat Handmade

Terdapat pelbagai jenis peralatan yang mampu memudahkan kerja-kerja memasak dan dalam pembuatan bakery. Adakah anda tahu peralatan yang sesuai untuk membuat coklat handmade? Saya percaya di dapur anda juga terdapat peralatan-peralatan tersebut. Food warmer, spatula, bekas stainless steel dan molds merupakan perlatan wajib yang perlu ada. Peralatan-peralatan ini sangat membantu anda. Bak kata orang, ia sebagai nadi utama dalam dunia pembuatan coklat handmade. Bagi yang tidak ada lagi peralatan-peralatan ini, anda disarankan untuk membeli sekarang sebelum kedai tutup. ☺

Sekarang anda sudah pun memiliki peralatan-peralatan tersebut bukan? Ok, sekarang saya akan bagi tahu anda mengapa peralatan-peralatan ini sangat penting dalam pembuatan coklat handmade anda nanti. Secara umumnya, memang semua peralatan disekeliling kita untuk memudahkan kerja-kerja seharian kita. Tetapi bagaimana pula dengan peralatan-peralatan yang saya katakan tadi ?





17 November 2011

Cara Membuat Coklat Handmade Compound



Terima kasih kerana sudi membaca artikel saya pada kali ini. Dalam artikel ini saya akan kupaskan teknik mudah bagaimana anda boleh membuat coklat handmade daripada compound. Anda hanya perlu ikut 4 langkah yang semestinya anda pun sudah tahu. Tapi bagi yang belum tahu, ini mungkin sesuatu yang baru bagi anda.

Sebenarnya bukan sesuatu yang susah untuk membuat coklat handmade ini. Sebelum memulakan kerja anda, pastikan segala peralatan untuk membuat coklat handmade anda bersih. Peralatan anda juga mestilah terhindar daripada benda asing seperti tepung, rempah ratus dan seumpanya.






09 November 2011

Apakah Kesan Emosi Terhadap Coklat?

Masalah memang tak dapat dielakkan dalam hidup anda dan begitu juga dengan saya. Hampir setiap hari saya mengalami pelbagai masalah sama ada masalah kecil ataupun besar. Mungkin anda juga macam saya. Jika anda sudah berkeluarga, lagi banyak cabaran dan masalah yang anda akan lalui. Kawalan emosi adalah sangat penting dalam apa jua situasi. Saya nak kongsikan kepada anda yang bertuah berkenaan bagaimana anda boleh mengawal emosi anda. Tapi yang uniknya ialah ianya berkaitan dengan coklat handmade!

Memang tiada bukti saintifik yang menguatkan kenyataan bahawa coklat memainkan peranan dalam mengawal emosi seseorang. Malah ada diantara mereka yang mengatakan coklat menyebabkan sakit kepala, dan juga migraine. Tapi setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengikut pengalaman sendiri mahupun bahan bualan orang lain. Kebanyakkan daripada mereka pula berpendapat, coklat mampu mempengaruhi dari segi aspek fizikal,mental dan emosi.

Apa yang nak ditekankan disini adalah berkenaan emosi. Mungkin tiada kajian rasmi tentang kesan-kesan pengambilan coklat terhadap emosi seseorang. Berdasarkan pengalaman orang ramai ianya mempunyai beberapa kesan positif dalam kehidupan seharian.





Mulakan Perniagaan Coklat Handmade Hanya Dari Rumah

Adakah anda salah seorang daripada mereka yang suka makan coklat? Saya pasti anda juga sedar bahawa coklat merupakan makanan yang mendapat permintaan tinggi dipasaran. Ini adalah salah satu sebab mengapa bisnes coklat berkembang dengan begitu pesat dalam masa yang singkat sahaja.

Jika selama ini anda ada kemahiran dalam pembuatan coklat handmade, anda boleh gunakan kemahiran untuk jana pendapatan secara sampingan. Sebenarnya, coklat adalah satu bisnes yang mudah untuk mendapatkan pasaran di mana anda hanya perlu sasarkan kepada mereka yang gemar pada coklat.

Saya yakin, jika anda tanya 10 orang disekeliling anda 8/10 jawapan mereka lebih kepada “suka kepada coklat”. Anda hanya perlu memantapkan strategi pemasaran anda dengan cara yang betul dan lebih tepat untuk masa yang berpanjangan. Saya akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh ikut jika ia bersesuaian dengan anda.





08 November 2011

Tentukan Jenis Coklat Sebelum Membuat Coklat Handmade


Bagaimana untuk terntukan jenis coklat yang sesuai untuk membuat coklat handmade? Ini mungkin menjadi masalah bagi anda yang masih baru dalam dunia pembuatan coklat handmade. Tapi ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar. Saya pasti anda tercari-cari bagaimana untuk atasi masalah ini. Saya akan kongsikan sedikit info berkenaan jenis coklat yang sesuai untuk anda gunakan.