Kajian telah menunjukkan coklat dianggap makanan yang paling digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi kajian saintifik juga menunjukkan terdapat kesan-kesan buruk daripada pengambilan pemakanan coklat.Anda jangan terkejut pula, ia cuma sebahagian kecil sahaja yang jarang sekali berlaku dan jangan terus memandang negative ye☺ Ianya berlaku mungkin terdapat bahan-bahan alahan kepada si pemakan.
Ok, berbalik kepada topik. Banyak kebaikan yang terdapat pada coklat. Antaranya, coklat mempunyai flavinoids yang memberi kesan dalam peningkatan peredaran.Selain itu, coklat mempunyai ciri-ciri anti-oksida yang membantu tubuh untuk menyingkirkan beberapa bahan kimia yang berbahaya di dalam darah.Tetapi sebagai pecinta coklat, anda juga perlu bertanggungjawab terhadap kadar jumlah coklat yang anda makan dalam satu masa. Apa-apa sahaja makanan yang diambil secara berlebihan turut membawa kesan buruk.

